Memaparkan catatan dengan label tips bertudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips bertudung. Papar semua catatan

Khamis, 20 Jun 2013

TIPS MEMILIH TUDUNG

Pemakaian tudung yang bersesuaian di kalangan wanita menjadikan si pemakai kelihatan lebih sopan, kemas, anggun dan bergaya. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit tips pemilihan tudung.

Secara asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian.

Tip 1:
DNE YELLOW+PEACH

Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain chiffon.

Tip 2:

Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

Tip 3:
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda.
Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.

Tip 4:
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.

Tip 5:
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.

Tip 6:
Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.


DNE ZULAIKHA


Tip 7:
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

Tip 8:
Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
Awas! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.

Tip 9:
Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
Awas! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Tip 10:
DNE GREEN

Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.
Awas! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.

Tip 11:
Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.



Macamana dengan tips di atas? Harap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda selepas ini dalam memilih dan memakai tudung.

Namun ia sekadar tips dan pendapat, terpulang kepada anda sama ada untuk mengaplikasikannya atau tidak.

Mungkin ada di antara anda yang berani bereksperimentasi tentang pemakaian tudung??

Itu satu usaha yang patut dipuji tetapi pastikan ianya tidak keterlaluan dan menjadikan anda sebagai mangsa fesyen.

TIPS GAYAKAN FESYEN TUDUNG MUSLIMAH

Fesyen berhijab (tudung) adalah sangat simbolik dengan wanita muslimah. Namun begitu semakin hari semakin terdapat pelbagai fesyen tudung telah dipasarkan di luar sana.

Terdapat pelbagai juga penggayaan tudung telah direka oleh sebahagian golongan pengikut fesyen di luar sana. Apa yg kita dapati terdapat dua jenis tudung yang dapat kita kenal pasti sekarang,iaitu jenis tudung sarung dan selendang. 


Dari segi pemilihan material tudung pula terdapat dari pelbagai jenis. Antara jenis material tudung yang terdapat dipasaran adalah terdiri daripada material chiffon, satin, cotton dan juga lycra (getah). Ada juga sebahagian jenis tudung yang dihasilkan dari gabungan dua atau lebih material kain untuk menghasilkan sejenis tudung.

Bentuk rupa paras seseorang muslimah juga adalah salah satu faktor untuk pemakaian dan pemilihan jenis tudung. Ini kerana ada sedikit kesesuaian yang boleh kita lihat dari pemilihan tudung untuk rupa bentuk paras seseorang muslimah. Oleh itu sangat penting bagi seseorang muslimah untuk mencuba serta mencari jenis tudung atau selendang yang bersesuaian digayakan oleh individu tersebut.

Bagi fesyen tudung sarung kebiasaannya ia lebih sesuai digayakan bagi seseorang muslimah yang telah meningkat dewasa. Contohnya, ia lebih bersesuaian digayakan oleh kaum ibu dan juga wanita yang berusia dari lingkungan 30an.

Namun begitu fesyen selendang pula ia lebih bersesuaian jika digayakan oleh anak-anak belasan tahun dan golongan remaja. Kerana ia akan lebih tampak sesuai dengan imej ceria dan keremajaan.

Pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting bagi pengayaan tudung. Ada yang mengikut kesesuaian warna kulit untuk pemilihan warna tudung. Namun ada juga pemilihan warna tudung dibuat mengikut kepadanan warna pakaian yang bersesuaian ketika masa itu.

Sebahagian penggemar memilih warna tudung mengikut situasi. Contohnya, mengayakan tudung yang berona terang untuk situasi yang ceria manakala mengayakan rona tudung yang lembut dan pastel pada waktu santai.

Pengayaan tudung juga harus disesuaikan dengan faktor situasi tempat. Contohnya, pemilihan corak yang lebih abstrak akan digayakan ketika beriadah atau berkunjung ke pusat beli belah. Sebaliknya pula pemilihan tudung dengan corak yang lebih ringkas atau tidak bercorak akan digayakan ke pejabat dan majlis-majlis lebih formal.


Kini, fesyen bertudung telah dapat diterima oleh serata dunia namun ia telah menjadi satu ikon dan tuntutan Islam buat golongan muslimah sejak dulu lagi.