Jumaat, 22 Ogos 2014

Resepi Simple- Teh Tarik Abang

Resepi teh tarik yang nak dikongsi bersama penggemar teh tarik semua….
di pagi butoo, petang ataupun malam.
Ingat kat kedai mamak je ke boleh pekena teh tarik sedap? Kot2, tengah-tengah malam korang teringin nak minum, boleh buat sendiri cam orang(bahasa Johor-maksudnya saya@aku@den) buat. 



BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN
  • 2 Uncang Teh Lipton
  • 2 sudu kotak Dutch Lady
  • 2 sudu susu Pekat (ni ikut suka kemanisannya)
  • Air Panas Segelas
  • Sudu untuk mengacau
  • Cawan 1 buah
Masukkan uncang teh dalam cawan,masuk air panas.. 

Pastu masukkan 2 sudu Full Cream (Sebenarnya ikut suka korang nak masuk berapa..Aku masuk 2 jer..Jimat kos..)


Step seterusnya, masukkan susu Pekat manis…tak kisah jenama apa..Aku guna jenama ni sebab aku failed buka tin…Cik abang selalu bising sebab aku dok terjerit-jerit panggil dia minta tolong buka tin susu….

Tadaaaa…Dah Siap…
Lepas korang masukkan susu pekat manis tadi tu, korang kacauler teh dan susu bagi sebati…Pastu, rasa…Kalau kureng, tambahler susu lagi…
Pastu ambil cawan lain, tarikkkkkk……..
Aku tak leh tunjuk cara tarik sebab sapalak nak ambikkan gambar….

Selamat Mencuba…
-n4dia4you-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan