Selasa, 25 Jun 2013
Jumaat, 21 Jun 2013
Khamis, 20 Jun 2013
PETUA PENJAGAAN TUDUNG
DNE SAKURA XL |
* Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
DNE SAKURA XL |
TIPS MEMILIH TUDUNG
Secara asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian.
Tip 1:
DNE YELLOW+PEACH |
Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain chiffon.
Tip 2:
Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
Tip 3:
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda.
Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.
Tip 4:
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
Tip 5:
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
Tip 6:
Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.
DNE ZULAIKHA |
Tip 7:
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
Tip 8:
Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
Awas! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.
Tip 9:
Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
Awas! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Tip 10:
DNE GREEN |
Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.
Awas! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.
Tip 11:
Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.
Macamana dengan tips di atas? Harap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda selepas ini dalam memilih dan memakai tudung.
Namun ia sekadar tips dan pendapat, terpulang kepada anda sama ada untuk mengaplikasikannya atau tidak.
Mungkin ada di antara anda yang berani bereksperimentasi tentang pemakaian tudung??
Itu satu usaha yang patut dipuji tetapi pastikan ianya tidak keterlaluan dan menjadikan anda sebagai mangsa fesyen.
TIPS GAYAKAN FESYEN TUDUNG MUSLIMAH
Terdapat pelbagai juga penggayaan tudung telah direka oleh sebahagian golongan pengikut fesyen di luar sana. Apa yg kita dapati terdapat dua jenis tudung yang dapat kita kenal pasti sekarang,iaitu jenis tudung sarung dan selendang.
Bentuk rupa paras seseorang muslimah juga adalah salah satu faktor untuk pemakaian dan pemilihan jenis tudung. Ini kerana ada sedikit kesesuaian yang boleh kita lihat dari pemilihan tudung untuk rupa bentuk paras seseorang muslimah. Oleh itu sangat penting bagi seseorang muslimah untuk mencuba serta mencari jenis tudung atau selendang yang bersesuaian digayakan oleh individu tersebut.
Namun begitu fesyen selendang pula ia lebih bersesuaian jika digayakan oleh anak-anak belasan tahun dan golongan remaja. Kerana ia akan lebih tampak sesuai dengan imej ceria dan keremajaan.
Pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting bagi pengayaan tudung. Ada yang mengikut kesesuaian warna kulit untuk pemilihan warna tudung. Namun ada juga pemilihan warna tudung dibuat mengikut kepadanan warna pakaian yang bersesuaian ketika masa itu.
Sebahagian penggemar memilih warna tudung mengikut situasi. Contohnya, mengayakan tudung yang berona terang untuk situasi yang ceria manakala mengayakan rona tudung yang lembut dan pastel pada waktu santai.
Kini, fesyen bertudung telah dapat diterima oleh serata dunia namun ia telah menjadi satu ikon dan tuntutan Islam buat golongan muslimah sejak dulu lagi.
Rabu, 19 Jun 2013
PROMOSI PRA- RAMADHAN
Cara mendapatkan baucer ini senang sahaja, beli majalah NUR isu Julai di kedai berdekatan anda, buka halaman tudung DNE, dan baucer yang dijanjikan boleh didapati di bahagian halaman tersebut. Anda juga haruslah menepati syarat2 yang ditetapkan pada baucer yang disediakan. Senang kan???
Hanya di.. DNE...Dunia.Muslimah.Bijak....
Selasa, 18 Jun 2013
3 LAYER DNE SAKURA
Isnin, 17 Jun 2013
Tips Wanita Bertudung
Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Jika anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut dengan tudung. Oleh itu, pilih tudung berfabrik lembut.
Tudung chiffon adalah pilihan terbaik. Elakkan memakai tudung fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
Cadangan : Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.
Ahad, 16 Jun 2013
Happy FATHER Day 2013
Happy Father Day...
To all men in d'world...Selamat Menyambut Hari Bapa...Bg yg single, cepat2lah, ya?...
Have a nice day. ..
Sabtu, 15 Jun 2013
Jumaat, 14 Jun 2013
DNE kids Sakura 3layer. ..
Menjelang hari Raya, anak2 yg paling gembira...berbaju baru, berkasut baru. .. Apa salahnya tahun ini hadiahkan anak2 anda dengan tudung kids dari Jenama De'noorish Elegance...Alhamdulillah, selain Mengajar anak menutup aurat sejak kecil, anak anda pasti comey dan jelita dengan DNE. ..