Khamis, 20 Jun 2013

PETUA PENJAGAAN TUDUNG







DNE SAKURA XL

* Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

DNE SAKURA XL


* Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun sabun mandi selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari yang tidak terlalu terik).


* Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan kain serta tudung yang berawning.


* Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.

* Cara melipat tudung juga perlu betul. Jika menggunakan tudung berawning, pastikan jangan melipat bahagian awning kerana jika ia terlipat, awningnya akan patah dan mencacatkan penampilan anda.

DNE IZARA

* Jika bahagian awning terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula.

* Bagi tudung lycra pula, ia tidak perlu digosok kerana kain jenis berkenaan tahan kedutan terutama jika bercorak tetapi jika ingin menggosoknya boleh menggunakan suhu yang rendah.




-KEJELITAAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan