Khamis, 20 Jun 2013

TIPS GAYAKAN FESYEN TUDUNG MUSLIMAH

Fesyen berhijab (tudung) adalah sangat simbolik dengan wanita muslimah. Namun begitu semakin hari semakin terdapat pelbagai fesyen tudung telah dipasarkan di luar sana.

Terdapat pelbagai juga penggayaan tudung telah direka oleh sebahagian golongan pengikut fesyen di luar sana. Apa yg kita dapati terdapat dua jenis tudung yang dapat kita kenal pasti sekarang,iaitu jenis tudung sarung dan selendang. 


Dari segi pemilihan material tudung pula terdapat dari pelbagai jenis. Antara jenis material tudung yang terdapat dipasaran adalah terdiri daripada material chiffon, satin, cotton dan juga lycra (getah). Ada juga sebahagian jenis tudung yang dihasilkan dari gabungan dua atau lebih material kain untuk menghasilkan sejenis tudung.

Bentuk rupa paras seseorang muslimah juga adalah salah satu faktor untuk pemakaian dan pemilihan jenis tudung. Ini kerana ada sedikit kesesuaian yang boleh kita lihat dari pemilihan tudung untuk rupa bentuk paras seseorang muslimah. Oleh itu sangat penting bagi seseorang muslimah untuk mencuba serta mencari jenis tudung atau selendang yang bersesuaian digayakan oleh individu tersebut.

Bagi fesyen tudung sarung kebiasaannya ia lebih sesuai digayakan bagi seseorang muslimah yang telah meningkat dewasa. Contohnya, ia lebih bersesuaian digayakan oleh kaum ibu dan juga wanita yang berusia dari lingkungan 30an.

Namun begitu fesyen selendang pula ia lebih bersesuaian jika digayakan oleh anak-anak belasan tahun dan golongan remaja. Kerana ia akan lebih tampak sesuai dengan imej ceria dan keremajaan.

Pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting bagi pengayaan tudung. Ada yang mengikut kesesuaian warna kulit untuk pemilihan warna tudung. Namun ada juga pemilihan warna tudung dibuat mengikut kepadanan warna pakaian yang bersesuaian ketika masa itu.

Sebahagian penggemar memilih warna tudung mengikut situasi. Contohnya, mengayakan tudung yang berona terang untuk situasi yang ceria manakala mengayakan rona tudung yang lembut dan pastel pada waktu santai.

Pengayaan tudung juga harus disesuaikan dengan faktor situasi tempat. Contohnya, pemilihan corak yang lebih abstrak akan digayakan ketika beriadah atau berkunjung ke pusat beli belah. Sebaliknya pula pemilihan tudung dengan corak yang lebih ringkas atau tidak bercorak akan digayakan ke pejabat dan majlis-majlis lebih formal.


Kini, fesyen bertudung telah dapat diterima oleh serata dunia namun ia telah menjadi satu ikon dan tuntutan Islam buat golongan muslimah sejak dulu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan